Mangsa Jainie Mohd. Yusoff, 54, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Beaufort.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Azmir Abdul Razak berkata, dalam kejadian pada pukul 6.50 pagi itu, mangsa sedang dalam perjalanan dari Beaufort menuju ke Sipitang.

Menurutnya, kereta Proton Persona yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan masuk ke dalam parit.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pemandu tidak disyaki mabuk dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-BERNAMA