Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, mangsa, Abu Bakar Dan, 43, disahkan maut di tempat kejadian.

“Dalam kejadian tersebut, lori yang membawa muatan batu dari arah Taman Muhibbah ke Jalan Stadium hilang kawalan dan terbabas di kawasan bulatan Taman Delima.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Mohd. Abduh, lokasi kemalangan merupakan laluan bertar, jalan kering dan kejadian berlaku pada waktu terang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE