MOHD. ABDUH ISMAIL
MOHD. ABDUH ISMAIL 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 8.52 pagi.

“Mangsa, Mohamad Razzi Yahaya yang dalam perjalanan dari Simpang Renggam ke Kulai bertindak memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan dan terbabas memasuki longkang.

“Ekoran itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan turut tercampak ke dalam longkang sebelum disahkan mati lemas di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE