Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2, Rosdi Mustafa berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu berlaku ketika Mohd. Fadli Izam Said Muhammad, 31, sedang memancing bersama tiga rakannya.

“Mangsa dipercayai tergelincir daripada tebing batu ke dalam sungai berkenaan.

“Rakan-rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal kerana arus berpusar,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE