Mayat pelajar tersebut, Muhammad Zaffan Baharuldin, 27, ditemukan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd. Zaki Zainol berkata, mayat mangsa ditemukan timbul pada jarak kira-kira 30 meter dari tebing muara sungai.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dan mayat dibawa naik ke tebing seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaki, mangsa dipercayai berenang di muara sungai tersebut seorang diri semalam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat turut disertai lapan anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba Pulau Pangkor, empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan enam

anggota Polis Marin.

“Operasi mencari mangsa ditamatkan keseluruhanya pada pukul 1.30 petang,” katanya. - UTUSAN ONLINE