Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 1.10 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr. Ismail tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

Menurutnya, sebanyak lima anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari BBP KLCC turut berada di lokasi bagi meneruskan operasi.

"Apabila tiba, didapati terdapat sebatang paip gas LPG telah bocor setebal 90 milimeter akibat daripada kerja-kerja pengorekan oleh

pihak Syabas.

"Kerja-kerja penyambungan kemudian dilakukan oleh pihak Gas Malaysia dengan bantuan pasukan Hazmat dan bomba TTDI kerana khuatir boleh mengakibatkan letupan jika terkena percikan api atau gelombang," ujarnya.

Tambah kenyataan itu, operasi tamat sepenuhnya tanpa sebarang kemalangan jiwa pada pukul 3.08 petang. - UTUSAN ONLINE