MOTOSIKAL milik mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown, Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE/IHSAN POLIS

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.05 pagi itu, mangsa Shamsuddin Chat, 53, yang berasal dari Kepala Batas dekat sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, motosikal mangsa dipercayai telah terlanggar bahu kiri jalan di lokasi tersebut.

"Kemudian motosikal mangsa terbabas dan mangsa terjatuh ke kiri jalan.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.

Menurut Che Zaimani siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE