G. LUMITAH
G. LUMITAH 

Dalam kejadian pada pukul 5.35 petang itu, mangsa, G. Lumitah, 25, meninggal dunia di lokasi kemalangan ekoran cedera di bahagian kepala.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, ketika kejadian wanita yang berasal dari Feldai Lui Timur, Jempol itu memandu kereta jenis Proton Iswara dari Pasir Panjang menuju Linggi.

“Apabila tiba di lokasi kemalangan, kenderaannya dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu merempuh sebuah bas yang berada di laluan tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang bekerja sebagai pelayan hotel mengalami cedera parah di bahagian kepala. Pemandu bas iaitu lelaki berusia 68 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE