Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang selepas mangsa, 10, turun dari van dipandu seorang wanita berusia 56 tahun tersebut.

“Pemandu tersebut tidak menyedari mangsa melintas di hadapannya sebaik sahaja dia diturunkan.

“Dia hanya menyedari telah terlanggar mangsa ketika melihat cermin sisi dan mendapati mangsa telah terbaring di sebelah kiri vannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Lim, kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, pemandu telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE