Sebelum kejadian  kira-kira pukul 8 malam itu,  Muhammad Ridwan Abdul Rashid, 14, mengisi belerang dari beberapa biji mercun bola ke dalam botol  kecil berukuran 10 sentimeter panjang untuk diletupkan kelak.

Abang mangsa, Azlan Shah, 34, memberitahu,  sebelum ini adiknya  tidak pernah bermain mercun sebegitu tetapi  malam tadi dia  cuba melakukannya bersama  kira-kira 10 orang  rakan di sekitar taman  tersebut.

Katanya,  Ridwan dikatakan menyumbat  belerang ke dalam botol tersebut menggunakan kertas  dan straw plastik sebelum  memasukkan sumbu untuk dicucuh dan dilemparkan.

“Ridwan mengajak kawan-kawannya melihat  dia membaling botol berisi belerang tersebut yang meletup lebih awal di tangan kanannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tasik Kuala Besut di sini petang ini.

Ekoran kejadian itu, tiga jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari hantu hampir hancur.  

Mangsa dibawa ke  Hospital Besut oleh bapa saudaranya, Faizol Mohamad, 39,  dan kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE