Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.44 pagi dan sebanyak sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba mendapati terdapat sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas di lokasi kejadian.

“Akibat kejadian itu, seorang penumpang tersepit manakala seorang wanita patah kaki dan dua lagi cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, penumpang yang tersepit disahkan maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.- UTUSAN ONLINE