Kim Book gagal menyelamatkan diri selepas ditimpa runtuhan restoran dan mayatnya ditemukan rentung selepas operasi pemadaman selesai dilakukan.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor Nur berkata, dalam kejadian di Taman Chi Liung, Pandamaran itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.30 pagi dan tiba di lokasi kejadian dalam masa sembilan minit.

“Ketika sampai api sedang marak dan bomba dimaklumkan bahawa mangsa masuk semula ke dalam restoran untuk mengambil barang sebelum berlaku runtuhan yang menimpa mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hafisham, seramai 24 anggota bomba dari tiga balai bomba berhampiran berjaya mengawal kebakaran pada 8.10 pagi.

 

“Anggaran kemusnahan restoran berkenaan buat masa ini adalah kira-kira 80 peratus.

“Selain itu, Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor kini sedang menyiasat punca kebakaran,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE