Pengarahnya, Laksama Pertama Robert Teh Geok Chuan berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya akan menggunakan pesawat Bombadier CL415.

Ujarnya, penglibatan Maritim Malaysia dalam operasi ini adalah untuk membantu pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan agensi lain yang berkaitan untuk bersama mengawal kebakaran belukar.

"Esok pagi sebuah pesawat dijangka tiba di Miri dengan dua pasukan penerbangan

“Pihak kita telah dimaklumkan bahawa lokasi kebakaran di Kuala Baram itu berkeluasan 24 kilometer persegi dan kami melakukan dua penerbangan pada setiap hari kerana pesawat Bombardier mampu mencurahkan air berkapasiti 6,000 liter,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Robert Teh, pesawat Bombardier ini juga mampu melakukan operasi pemadaman kebakaran selama lapan hingga 10 jam, bergantung jarak dan lokasi sumber air. - BERNAMA