Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, pemandu terbabit, S. Ramar, 50, mengalami kecederaan di bahagian tangan dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Ketua Polis daerah, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, ketika kejadian pemandu itu dalam perjalanan dari Petaling Jaya menuju ke Sungai Udang, Melaka.

Katanya, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan di selekoh lalu terbalik dan melanggar perhentian bas di kiri jalan.

TONG-TONG gas yang bertaburan selepas sebuah lori terbalik di Kilometer 2.5 Jalan Linggi - Pedas.
TONG-TONG gas yang bertaburan selepas sebuah lori terbalik di Kilometer 2.5 Jalan Linggi - Pedas. 

“Disebabkan kemalangan itu, tong-tong gas kosong tersebut jatuh di atas jalan raya dan mengakibatkan lorong menghala ke Pedas terhalang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, bagaimanapun, tiada sebarang kebocoran gas dikesan di lokasi kemalangan dan kes disiasat di bawah Akta 10 LN 166/59. - UTUSAN ONLINE