Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu turut mengakibatkan kelindan lori cedera ringan di pinggang dan lutut manakala pemandunya tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pergerakan kenderaan perlahan di lokasi kejadian kerana hanya dua lorong sahaja dibuka untuk pengguna jalan raya.

“Anggota trafik berada di lokasi untuk membuat kawalan sementara tumpahan muatan bihun dan beras di atas jalan raya dialihkan ke kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mengenai kemalangan masih dijalankan. - UTUSAN ONLINE