Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pihaknya akan berbincang dengan Petronas berhubung tuntutan kerugian yang dialami.

“Saya telah melawat beberapa rumah mangsa yang terjejas akibat insiden ini dan saya berjanji kerajaan negeri akan membantu mereka menuntut sebarang kerugian dengan pihak Petronas.

“Mujur kejadian yang mengejutkan itu tidak mendatangkan kecederaan kepada penduduk di Kampung Lepau ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah penduduk di sini hari ini.

Terdahulu, beliau ke Kampung Lepau di sini yang terletak kira-kira satu kilometer dari projek RAPID bagi melawat kediaman penduduk yang dilaporkan mengalami kerosakan susulan insiden tersebut. - UTUSAN ONLINE