Dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi itu, mangsa cedera di bahagian kaki selepas tersepit di bawah kren tersebut.

Komander Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Mohd. Farid Hussin berkata, pada mulanya Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999.

Ujarnya, susulan itu, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Pudu dan Hang Tuah telah dihantar di lokasi kejadian.

“Setiba sahaja jentera di lokasi kejadian mendapati terdapat sebuah kren model, P&H Cobelco 45 tan telah tumbang dan menyebabkan mangsa berusia 34 tahun tersepit di bawahnya.

“Anggota bertindak memotong besi cerucuk bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dia kemudiannya berjaya dikeluarkan pukul 12.01 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd.Farid, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.-UTUSAN ONLINE