Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kejadian itu, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha YBR 125 seorang diri dalam perjalanan dari Kota Tinggi menghala ke pusat bandar.

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa mangsa berada di lorong kiri dia dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong itu kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar belakang.

KEADAAN motosikal yang ditunggang lelaki singapura yang melanggar belakang sebuah lori di Kilometer

KEADAAN motosikal yang ditunggang lelaki singapura yang melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 7.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi. - UTUSAN ONLINE

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat.

Shahurinain berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE