Portal Utusan Borneo melaporkan, dalam kejadian sekitar pukul 7 malam itu, mangsa, Chua Ii Jen, 51, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan tengkuk.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, semasa kejadian mangsa memandu sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda dari arah Ulu Rimbas sebelum gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke bahu jalan.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Betong untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE