Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu disedari oleh salah seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang melakukan pemeriksaan rutin di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa dikatakan menyentuh kotak kuasa di tiang elektrik berkenaan seterusnya meletup dan menyambar

muka lelaki yang berusia dalam 50-an itu sehingga turut menyebabkan mulut dan lidahnya terkoyak.

“Lelaki kurang siuman itu kemudian ditemukan oleh kakitangan TNB tidak jauh dari lokasi tiang elektrik berkenaan. Kakitangan itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, sebelum itu, kakitangan TNB itu ada memaklumkan bahawa perkakas dan kotak elektrik di tiang itu terbakar dan hangus.

“Malah, salah seorang awam turut memaklumkan bahawa lelaki itu memanjat tiang berkenaan dan mengusik kotak kuasa di tiang itu. Ketika sedang leka mengusik, kotak itu meletup dan menyambar muka lelaki itu,” katanya.- UTUSAN ONLINE