Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Freddy Bian berkata, mangsa dikenali sebagai Bansa Anak Judan, 65, dari Rumah Belaja, Nanga Benin dan ditemukan di Jeram Bidai, hilir Jeram Pelagus di sini.

Menurutnya, menantu mangsa telah membuat laporan polis kejadian berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.25 pagi semalam dan memberitahu mangsa terjatuh sungai semasa menjalan ikan seorang diri kira-kira pukul 3 petang pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Kapit, Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Angkatan Pertahanan Awam Kapit serta penduduk rumah panjang.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak memberitahu, mayat mangsa ditemui pada jarak 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh dan dibawa ke jeti Kapit untuk diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.- BERNAMA