Memetik laporan portal SabahNews Today, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.30 petang dan mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun.

Menurutnya, mangsa merupakan salah seorang anak kapal dibahagian katering dalam kapal berkenaan dan kehilangan mangsa hanya disedari rakannya sebelum membuat laporan.

“Kita telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 3 petang hari sama.

“Pencarian mangsa sudah memasuki hari kedua hari ini dan antara aset yang terlibat dalam misi ini adalah aset udara serta laut milik pelantar minyak,” lapor SabahNews Today.

Selain itu, Kamaruszaman memberitahu, pasukan mencari turut melibatkan aset udara daripada Brunei yang turut membantu dalam pencarian di sempadan Malaysia-Brunei dengan keluasan pencarian kini dipecahkan kepada enam sektor dengan keluasan 184 batu nautika persegi.

Dalam pada itu, beliau berkata, misi pada ketiga hari ini diteruskan dan semua aset terlibat ke lokasi pencarian bermula pukul 7 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE