Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap mangsa mengikut kes orang hilang dan telah melakukan pelbagai semakan yang boleh menjurus ke arah kehilangannya.

Katanya, setakat ini siasatan tidak menjurus kepada unsur-unsur khianat.

“Semakan rekod di bank dan nombor telefon milik mangsa juga menunjukkan kedua-duanya tidak aktif sejak dia hilang pada 23 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Derma Darah sempenan Peringatan Hari Polis Ke-212 Kontinjen Perak di Pasar Raya Besar Mydin Meru di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE