Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa Arebayah Mohamad, 56, cedera di bahagian kaki manakala wanita mengandung dikenali sebagai Qistina hanya mengalami pening kepala akibat kejadian itu.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Leftenan Shahrul Kamar Mohd. Johari berkata, kejadian dikatakan berpunca selepas kenderaan yang dipandu seorang wanita hilang kawalan lalu merempuh gerai di bazar tersebut.

Ujarnya, kedua-dua mangsa yang berada di lokasi bagaimanapun tidak sempat mengelak sebelum dilanggar wanita berkenaan.

“Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa termasuk seorang wanita yang usia kandungannya baru sahaja 20 hari bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan mendapat rawatan daripada APM.

“Pemandu wanita terbabit dipercayai terlelap ketika memandu dan menyebabkan kenderaannya hilang kawalan,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE