Mereka adalah Nor Suhaila Ahmad, 41, dan anaknya, Mohd. Naufal Mohd. Nahar, 6, manakala identiti seorang lagi mangsa yang rentung 100 peratus sedang dalam proses pengecaman.

Namun, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mayat terbabit adalah suami wanita itu yang juga bapa kanak-kanak tersebut, Mohd. Nahar Suhaimi, 39.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Mohd. Fadzlullah Mohd. Noor berkata, mayat dua beranak itu ditemukan dalam bilik air rumah tersebut, sementara mayat lelaki yang rentung ditemukan di bahagian ruang tamu.

Dalam kejadian pada pukul 7.03 pagi itu, bomba menerima panggilan daripada orang ramai yang memaklumkan kebakaran rumah terbabit, namun hasil maklumat awal jiran, kesemua penghuni dilaporkan tidak berada di rumah.

Walau bagaimanapun, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra sambil dibantu BBP Langkawi menemukan mayat tiga mangsa selepas berjaya mengawal kebakaran kira-kira 17 minit kemudian. -UTUSAN ONLINE