Aminurah Mohan, 30-an, membawa keluar anaknya yang berusia 8 dan 5 tahun serta bayi berusia tujuh bulan menerusi pintu belakang rumah mereka dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 pagi.

Ketika kejadian mereka sedang tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Rasul Hashim berkata, wanita tersebut menyedari rumah itu sedang terbakar ketika api sedang marak kira-kira 30 peratus.

“Sepasukan lapan pegawai dan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.59 pagi.

“Dengan menggunakan konsep Receo, pihak bomba membuat pemadaman dua aliran dan dua nozzle bagi memadamkan kebakaran,” katanya. - UTUSAN ONLINE