Jamilah Mohamed Mokhtar, 62, ketika ditemui Bernama berkata, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa pada Khamis lepas di kediamannya di Changkat Tin di sini.

"Makcik dapat tahu (mengenai kemalangan) kira-kira pukul 1 pagi tadi, memang tak sangka dia pergi dulu.

"Kali terakhir makcik bertemu dengannya, arwah tak tunjuk apa-apa perubahan macam biasa sahaja berborak dengan kami sekeluarga cuma arwah ada mengajak makcik tidur di rumahnya di Seri Iskandar," katanya dalam nada sebak.

Jamilah berkata mangsa anak bongsu dari empat beradik itu bekerja sebagai kerani di Felcra Nasaruddin, Bota dekat sini.

Mangsa yang baharu berkahwin dengan Azhar Ahmad, 57, pada Disember tahun lepas bagaimanapun belum lagi mempunyai cahaya mata.

Halimatun selamat disemadikan kira-kira pukul 12 tengah malam ini di Tanah Perkuburan Islam Changkat Tin.

Terdahulu, jenazah Halimatun tiba dari Hospital Melaka kira-kira pukul 11.30 malam semalam. -BERNAMA