Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi selepas kepulan asap tersebut dikesan di laluan koridor tingkat tiga bangunan berkenaan yang menempatkan lapan buah kedai.

Menurut jurucakap pasukan bomba dan penyelamat negeri, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihaknya mengarahkan pengunjung dan pekerja di bangunan berkenaan mengosongkan kawasan tersebut serta-merta.

“Ketika ini, kita masih mencari punca kebakaran sehingga menyebabkan asap memenuhi ruang berkenaan.

“Keadaan juga terkawal dengan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE