Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Mohammad Khairul Izuan Ariff, 22, dan Mohammad Zulfahmi Faisal Mohd. Marzuki, 25, yang bekerja di kilang sama maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta badan.

Difahamkan, ketika kejadian salah seorang mangsa menghala ke arah Kampung Kedai Buluh di sini selepas tamat waktu kerjanya manakala seorang lagi dalam perjalanan untuk memulakan shif malam.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian motosikal ditunggangi mereka dipercayai bertembung sesama sendiri.

Ketika kejadian lokasi itu gelap kerana tiada lampu jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Suffian Sulaiman mengesahkan kejadian itu.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ ) di sini untuk bedah siasat.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE