Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, kedua-dua mangsa yang dikenali Ajiz Halis, 48, dan Halid, 14, ditemukan pasukan penyelamat dan penduduk kampung kira-kira tiga kilometer dari pesisir pantai berkenaan pada pukul 7.15 pagi tadi.

“Balai Bomba Kuala Penyu telah menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.14 petang semalam.

“Kedua-dua mangsa dikatakan keluar menangkap ikan pada pukul 7 pagi, namun dipercayai hilang di laut berikutan mereka tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang. Berikutan laporan itu, empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mencari mangsa,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dimulakan semalam ditangguhkan pada pukul 7.42 malam dan disambung semula pada pukul 6.30 pagi tadi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. - BERNAMA