Difahamkan, mangsa, Ying Fei Kong, 35, ditemukan dalam keadaan terbaring kira-kira pukul 8.44 pagi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, pemeriksaan awal pada mayat mangsa yang masih berpakaian lengkap mendapati tiada kecederaan luaran.

“Daripada siasatan awal, seorang saksi menyatakan mangsa dikatakan berjalan dan tiba-tiba rebah lalu pengsan. Tiada kesan pergelutan dan barang milik mangsa tidak terusik.

“Pegawai perubatan dari Hospital Sibu mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan,” lapor Utusan Borneo hari ini. .

Dalam pada itu, Stanley berkata, ahli keluarga mangsa telah memohon kepada pihak berkenaan agar bedah siasat tidak dijalankan.

Katanya, mereka mengesahkan mangsa berpenyakit, tetapi tidak mahu berubat.

”Siasatan awal mangsa dipercayai mati disebabkan serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.- UTUSAN ONLINE