Operasi SAR mencari Lili Sumansi Suhaimi, 20, dihentikan kira-kira pukul petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Mohd Izaan Abdullah berkata, keadaan angin kencang dan ombak yang tinggi memaksa pasukan SAR menghentikan operasi itu dan akan disambung semula esok.

Semalam, empat daripada lima mangsa bot karam berkenaan ditemukan penduduk kampung di mana dua lelaki disahkan meninggal dunia.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mustaib Muimin dan Suhaimi Salleh, manakala dua yang selamat ialah Mardi Suhaimi dan Owya Timbangan.

Kesemua mangsa berasal dari Kampung Malubang, Pitas.- BERNAMA