Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata, mangsa Harianto Pungut, 30-an, dipercayai masuk ke hutan berkenaan bersama dua rakannya kira-kira pukul 8 pagi.

Ujar kenyataan itu, namun hanya dua rakan mangsa keluar dari hutan tersebut kira-kira pukul 4 petang.

“Pasukan bomba kemudiannya menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa kira-kira pukul 10.20 pagi ini dan terus ke lokasi kejadian bagi memulakan gerakan mencari dan menyelamat (SAR),” kata kenyataan itu hari ini.-BERNAMA