Walau bagaimanapun, dua penumpang dan pemandu bas bernasib naik apabila mereka mengalami kecederaan dan kini dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, bas itu dipercayai dari Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS), Kuala Lumpur dan menuju Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya, dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 6.38 pagi itu, pemandu bas berusia 40 tahun dipercayai telah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu melanggar penghadang besi jalan jambatan sebelum terbabas ke dalam longkang.

“Longkang itu terletak sedalam kira-kira 10 meter dari atas jalan raya.

“Akibat kejadian itu, pemandu bas dan seorang penumpang yang juga merupakan isteri pemandu berusia 30 tahun dan seorang lagi mangsa berumur 23 tahun mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya mendapati jalan raya dua lorong sehala yang mempunyai selekoh itu iaitu terletak dari kawasan turun bukit.

“Cuaca berada dalam keadaan baik ketika kejadian berlaku dan kes ini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-UTUSAN ONLINE