Kejadian tersebut bermula apabila bas persiaran berkenaan melanggar bahagian belakang kereta itu sebelum berpusing beberapa kali lalu melanggar pembahagi jalan.

Pelanggaran berkenaan menyebabkan cikgu berkenaan, Tan Cheng Ho, yang berada di tempat duduk belakang meninggal dunia sementara dua lagi cedera ringan.

Cheng Ho, 55, yang beralamat di Bandar Baru Permas Jaya, Pasir Gudang sudah lebih 30 tahun mengajar di Sekolah Menengah Foon Yew, Stulang Laut, Johor Bahru.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Sudin Manap, enam anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dikejarkan ke tempat kejadian.

"Pemandu bas persiaran dan pelancong dalam keadaan selamat. Operasi tamat pukul 3.26 petang," katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE