Hakim Syed Faisal Syed Amir menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Fong Chiew Hean menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah hari ini.

Tertuduh sepatutnya memberikan keterangan bela diri hari ini.

Pada 25 Oktober 2016, Chiew Hean, 83, didakwa atas tuduhan didakwa memperoleh 891,000 unit saham Three-A Resources melalui akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) milik dua individu lain.

Lelaki itu didakwa memperoleh unit saham itu melalui perolehan maklumat sulit iaitu maklumat mengenai cadangan penggabungan perniagaan syarikat itu dengan Wilmar International Limited yang tidak boleh didapati secara umum.

Warga emas itu didakwa melakukan perbuatan itu di Bursa Malaysia Securities Bhd., Exchange Square, Bukit Kewangan di sini antara 7 September dan 5 Oktober 2009. - UTUSAN ONLINE