Penolong Ketua Konstabel, Mark Hamilton dalam kenyataan berkata, mangsa, Lyra McKee, 29, dibunuh ketika keganasan yang dirancang di Creggan.

Katanya, polis mempercayai pelaku seorang ‘penentang republikan yang ganas’.

“Tembakan dilakukan oleh seorang individu di kawasan perumahan itu menyebabkan mangsa terbunuh,” katanya.

Terdahulu, McKee sempat memuat naik gambar rusuhan yang berlaku di kawasan kediaman Creggan di Londonderry.

Gambar itu menunjukkan kereta dan van terbakar dengan beberapa individu membaling bom petrol dan bunga ada kenderaan polis. - AFP