Lapor MSN, wanita berusia 58 tahun dan dikenali dengan panggilan ‘Her Royal Highness Qiao Biluo’ itu dengan tidak sengaja mendedahkan imejnya setelah berlaku kegagalan fungsi penyun­ting kecantikan (beauty filter) ketika siaran langsung tersebut.

Sebelum masalah teknikal itu, vlogger berkenaan berjaya mengumpul 135,000 pengikut di laman Douyu dan dia digilai ribuan peminat yang menggelarnya sebagai ‘dewi comel’ bersuara lunak.

Pengikutnya sebelum ini mengedarkan petisyen untuk mendesak wanita berkenaan tampil semula jadi tanpa apa-apa suntingan kecantikan dalam program siaran langsung pada 25 Julai lalu.

Ketika siaran langsung tersebut, Qiao Biluo terlebih dahulu menuntut hadiah bernilai AS$ 14,529 (RM60,000) jika peminatnya ingin melihat wajah sebenar sehinggalah insiden tidak diingini itu berlaku.

Susulan kejadian itu, ramai pengikutnya terutamanya lelaki bertindak keluar dan berhenti daripada mengikuti program siaran langsung tersebut.

Sejumlah besar pengikut mengecam Qiao Biluo, menu­duhnya menipu untuk mendapatkan wang dan menggelarnya nenek.

Sejak kejadian itu, wanita tersebut membuat pengakuan tentang umurnya yang sebenar.

Bagaimanapun, insiden ter­sebut tanpa disangka-sangka me­lonjakkan popularitinya apabila jumlah pengikutnya me­nunjukkan pertambahan mendadak selain muncul beberapa syarikat yang memintanya untuk mempromosikan produk-produk mereka.

Malah, Qiao Biluo baru-baru ini mengumumkan akan menceburi bidang nyanyian dan bakal tampil dengan sebuah album.– AGENSI