VjQyZkBj

KINSASHA 16 Ogos - Dua kes wabak Ebola direkodkan dekat dua wilayah di Republik Demokratik Congo dengan satu kematian dilaporkan selatan Kivu baru - baru ini.

The Guardian melaporkan, dua kes tersebut adalah yang terbaharu selepas satu kematian di bandar Goma.

Wabak Ebola di republik itu telah mengakibatkan 1,808 kematian.

Penularan terbaharu yang bermula sejak Ogos merupakan yang kedua terbesar pernah berlaku di negara itu.- AGENSI