Dron yang dinamakan sebagai SONGAR tersebut dibangunkan oleh Asis Elektronik ve Bilişim Sistemleri A.Ş..

Syarikat tersebut memuatnaik video penerbangan percubaan sistem tersebut di laman twitternya, semalam.

"SONGAR, sistem dron bersenjata automatik dibangunkan untuk kegunaan ketenteraan dan keselamatan ini akan dipamerkan pada IDEF19 pada April 30 hingga Mei 3 ini," kata ciapan tersebut.

Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa (IDEF) 2019 dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Turki dan Yayasan Angkatan Tentera Turki. - UTUSAN ONLINE