Reuters melaporkan, suhu pada waktu siang telah melepasi suhu beku di utara China dan merupakan minggu paling panas pada musim sejuk ini.

“Sudah tentu kita merasai krisis,” kata salah seorang pengawai taman berkenaan sambil menambah penutupan itu kerana faktor keselamatan.

Tambahnya, wang bagi mereka yang membeli tiket tempahan awal akan dipulangkan semula.

Taman musim sejuk di Harbin telah menarik lebih daripada sejuta pengunjung sejak dibuka pada 23 Disember lepas.

Pengunjung yang membuat tempahan awal melahirkan rasa kecewa dengan penutupan tersebut. -AGENSI