“Saya tidak boleh memahami pendirian AS. Kita mahu semuanya didedahkan ke­rana berlakunya pembunuhan secara kejam. Pembunuhan Jamal bukanlah satu insiden biasa,” katanya ketika ditemu bual oleh stesen televisyen TRT.

Jamal, penulis untuk Washing­ton Post dan pengkritik Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman kali terakhir dilihat memasuki Konsulat Arab Saudi pada 2 Oktober tahun lalu bagi mendapatkan dokumen perkahwinan dengan tunangnya, Hatice Cengiz.

Kes tersebut men­cetuskan kemarahan dunia dan pada masa yang sama mencacatkan reputasi Mohammed yang didakwa terlibat dalam pembunuhan itu.

Turki sebelum ini turut mendakwa Jamal dibunuh oleh sekumpulan skuad pembunuh yang terdiri daripada 15 individu warga Arab Saudi dalam misi diplomatik kerajaan.

Riyadh bagaimanapun menafikan tuduhan Turki dan penglibatan Mohammed dalam pembunuhan itu.

Tidak puas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Riyard, Ankara menggesa campur tangan antarabangsa untuk menyiasat pembunuhan wartawan tersebut.

Pakar kehakiman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat kes pembunuhan Jamal dijangka me­ngadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Turki di Ankara pada minggu ini.

Dalam pada itu, Presiden AS, Donald Trump juga sebelum ini pernah ditegur Senat ke­rana menyebelahi Mohammed dalam kes tersebut.

Mayat Jamal yang dipercayai dikerat dan dibuang di lokasi rahsia itu masih belum ditemukan sehingga kini. – AFP