“Apa jenis pakatan NATO ini? Mereka memberi pengganas 23,000 trak berisi senjata dan peralatan melalui Iraq, tetapi bila kami menanyakan (beli senjata), NATO tidak menjualnya kepada kami.

“Kedudukan kami kira-kira 911 kilometer dari sempadan Syria dan berdepan ancaman pada bila-bila masa,” katanya dalam satu perhimpunan kempen pilihan raya di wilayah Burdur.

Bagaimana­pun beliau tidak mendedahkan negara mana yang membekalkan senjata itu melalui Iraq.

Recep Tayyip seperti dipetik portal berita al-Jazeera turut meramalkan wilayah Manbij, Syria bakal ‘melenyapkan’ pengganas dan ditinggalkan kepada penduduk setempat dalam tempoh terdekat.

Bandar Manbij dikuasai kumpulan militan Kurdish yang di­pimpin oleh Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dan bernaung di bawah Tentera Demokratik Syria­ (SDF) sejak 2016.

Kumpulan itu mendapat sokongan kuat daripada Amerika Syarikat (AS).

Ini menimbulkan kemarahan negara-negara jiran Turki yang melihat pengaruh YPG di utara Syria sebagai satu ancaman kepada keselamatan nasional.

Turki sebelum ini meng­ugut untuk menyasarkan Manbij dalam satu operasi ketenteraan bagi menghapuskan pengaruh YPG di bandar itu.

Bagaimanapun AS memberi amaran kepada Turki supaya tidak menyerang YPG.