Menurut sumber, serangan bersenjata tersebut menyasarkan konsul dan kakitangannya di sebuah restoran di sini.

Saksi di bandar itu menyatakan tempat pemeriksaan segera dibuat di dalam dan sekitar kejiranan Ainkawa yang menempatkan banyak restoran dan Konsulat Turki.

Turki sedang berperang dengan ketenteraan yang ofensifdi wilayah utara pergunungan Iraq bagi memusnahkan serpihan Kurdistan Workers Party (PKK).

PKK dilihat sebagai kumpulan ‘pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang telah melancarkan pemberontakan terhadap Istanbul sejak 1984 dengan pangkalan belakangnya beroperasi di wilayah Kurdistan. - AFP