Alexander Skvortsov dari agensi angkasa Rusia Roskosmos, Andrew Morgan dari Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Negara (NASA) dan Luca Parmitano dari agensi angkasa Eropah berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari tapak pelancaran di Baikonur, Kazakhstan pada pukul 4.28 petang waktu tempatan.

Pelancaran itu menandakan peristiwa sama angkasawan, Neil Armstrong bersama rakannya, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada tahun 1969, yang juga dikatakan `persaingan teknologi angkasa lepas’ dengan Soviet Union.

Veteran angkasawan terlibat dalam dua misi, Skvortsov menjadi komander penerbangan itu yang mengambil masa selama enam jam perjalanan dari Baikonur ke ISS. - AFP.