Lapor Reuters, enam bom dilaporkan meletup di ibu kota negara ini pada Jumaat lalu manakala tiga lagi bom diletupkan di tiga buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di wilayah Pattani pada Sabtu lalu.

"Lebih 10 orang terbabit dalam serangan itu yang perlu ditahan, didakwa dan disiasat.

"Kami tidak boleh mendedahkan lebih lanjut siapa dalang di sebalik serangan tetapi mereka tidak berhati perut dan kejam serta mempunyai tujuan mencetuskan huru-hara di negara ini, ketika semua usaha sedang dijalankan di bawah kerajaan demokratik," kata Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha. - AGENSI