Lebih menyayat hati mayat Fauzi ditemukan dalam keadaan busuk di bilik tidurnya sementara bayinya kelihatan lemah kerana tidak diberi makan.

Detik News melaporkan, jiran yang mencurigai sesuatu selepas mangsa tidak keluar dari rumah untuk beberapa hari bertindak menghubungi polis. Ibu bayi itu pula baharu lima bulan berhijrah ke Malaysia untuk mencari pendapatan.

Ketua Polis Rambipuji, AKP Sutarjo berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa kali terakhir kelihatan pada Ahad lalu.

“Jiran-jiran mangsa cuba mengetuk pintu rumah mangsa selepas terhidu bau busuk tetapi tidak mendapat respon dan kemudian mereka menghubungi polis.

“Dengan bantuan Ketua Rukun Tetangga, kami memecah masuk pintu rumah Fauzi dan mangsa yang ditemukan mati dengan seorang bayi di sisinya,” katanya di sini semalam. -AGENSI