Jurucakap polis, Frank Mba berkata, pegawai di sentral Taraba 'tiba-tiba diserang dan ditembak tentera Nigeria' ketika mereka menahan suspek penculik.

"Selain kematian pegawai dan orang awam itu, beberapa lagi anggotanya cedera dalam insiden pada Selasa lalu," jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, pihak tentera menyatakan mereka sangka pegawai polis ditembak adalah penculik. - AFP