Saudi Gazette melaporkan, telaga berkenaan mengepam air dengan kadar maksimum sebanyak 18.5 liter sesaat dan minimum 11 liter sesaat.

Telaga yang mempunyai kedalaman sehingga 30 meter itu membantu jemaah haji dan umrah menghilangkan rasa dahaga mereka sehingga hari ini sejak Nabi Ibrahim mengajak umat Islam mengerjakan haji.

Dalam perkembangan ber­kaitan, lebih 1.8 juta jemaah haji telah tiba di Arab Saudi bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ketibaan pesawat antarabangsa berakhir Isnin lalu dan rombongan terakhir program Inisiatif Laluan Mekah dari Tunisia tiba pagi semalam.

Arab News melaporkan, lebih 171,000 jemaah dari Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Tunisia berpeluang menyertai program inisiatif tersebut.

Menurut pegawai pasport semalam, seramai 1.7 juta jemaah haji tiba di negara ini dengan menggunakan pengangkutan udara; 95,634 orang menggunakan pengangkutan darat manakala 17,250 lagi menggunakan laluan laut.

Menurut Gabenor Mekah, Putera Khalid Al-Faisal, seba­nyak 350,000 orang akan membantu jemaah haji tahun ini yang dijangka disertai lebih 2.5 juta jemaah. – AGENSI