Katanya firma Amerika Syarikat mungkin berdepan masalah apabila mereka menggunakan peralatan yang dihasilkan oleh Huawei.

“Tugas kami adalah untuk berkongsi dengan dunia tentang risiko yang akan berlaku akibat penggunaan teknologi tersebut, risikonya kepada warga Filipina, keselamatan negara ini dan risiko AS yang tidak akan beroperasi di mana-mana kawasan yang terdapat teknologi Huawei.

“Kami mahu pastikan dunia membuka mata terhadap penggunaan teknologi berkaitan dalam infrastruktur, sistem sokongan atau rangkaian,” katanya.